Propaganda

http://chedet.cc/?p=2268

1. Di bawah pemerintahan Nazi di Jerman, Menteri yang terkenal sekali ialah Joseph Goebbels, Menteri Propaganda. Tugasnya ialah mentransformasi segala yang buruk yang dilakukan oleh rejim Nazi supaya ternampak bukan sahaja baik tetapi mulia.

2. Malangnya selain dari orang Nazi, tiada siapapun yang mempercayai gambaran yang cuba dipamerkan oleh Goebbels dan kementeriannya. Sudah tentu dunia luar menolak bulat-bulat propaganda berkenaan Hitler dan rejim Nazi-nya. Akhirnya Goebbels bukan sahaja membunuh diri tetapi juga isteri dan anak-anaknya. Ia tidak dapat menafi kekalahan rejim Nazi.

3. Sejak Najib dituduh melesapkan berbilion Ringgit wang 1MDB (duit rakyat), ramailah Goebbels kecil yang ditugaskan memperbaiki imej Najib dengan berbagai jenis penjelasan dan dakwaan.

4. Yang baru dan bukan terakhir ialah dakwaan oleh Gani Patail, bekas Peguam Negara bahawa dianya tidak dianiaya tetapi sebaliknya pemberhentiannya mengikut aturan-peraturan Kerajaan dan memangpun Perdana Menteri berhak untuk menamatkan khidmatnya.

5. Kenyataan ini amat berbeza dengan kenyataan yang dibuat sendiri olehnya sejurus selepas hilang jawatan. Oleh itu orang ramai yang tahu akan kepercayaan Najib bahawa “Cash is King” menolak kenyataan baru ini.

6. Mereka menjangka banyak dedak yang diguna, selain dari ugutan-ugutan. Mereka yang bersama Najib pun tidak percaya akan kenyataan baru Gani Patail, walaupun mereka tidak berani menyatakan apa yang terbuku dalam hati mereka.

7. Percubaan membersih Najib ini adalah satu pembaziran kerana tidak dapat mengubah barang sedikit pun kepercayaan mereka dalam Negara bahawa Najib memang bersalah seperti dituduh.

8. Sejak skandal 1MDB, banyaklah percubaan oleh Najib untuk membersihkan diri dengan cara ini. Demikian kenyataan oleh Sirul yang lari ke Australia bahawa Najib tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.

10. New Straits Times, Utusan dan TV3 sudah tidak dibaca atau dilihat oleh penonton. Mereka benci dengan pembohongan laporan yang disiar. Mereka yang menghadiri ceramah berkenaan salah-laku Najib, 1MDB dan lebih-lebih lagi duit sebanyak 2,600 lori yang diberi oleh orang Arab untuk Najib masuk dalam akaun peribadinya, untuk dibelanja sesuka hatinya, gelak ketawa apabila media suruhan Najib melapor kononnya hanya 200-300 orang sahaja hadir, sedangkan mereka berada di ceramah berkenaan dan melihat beribu-ribu yang hadir.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

Wang RM30 juta ada di luar negara Nilai 127 geran tanah juga RM30 juta – SPRM

KOTA KINABALU 10 Okt. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menemukan RM30 juta wang yang dipindahkan ke dalam beberapa akaun di tiga buah negara milik pengarah dan timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan yang ditahan kerana didakwa menyalah guna dana pembangunan infrastruktur kerajaan sejak tahun 2010.

Menurut sumber, sebanyak RM1 juta daripada wang itu adalah milik pengarah manakala RM29 juta lagi dimasukkan ke dalam akaun timbalan pengarah berkenaan.

Katanya, Jabatan Tanah dan Ukur yang melakukan penilaian terhadap 127 geran tanah milik timbalan pengarah itu hari ini turut mendapati nilai keseluruhannya adalah RM30 juta.

“Maklumat awal mendapati pengarah tersebut telah memindahkan wang lebih kurang RM1 juta ke dalam akaunnya di luar negara manakala bakinya adalah milik timbalannya.

“Setakat ini SPRM telah mera­kam percakapan 40 orang saksi berhubung siasatan iaitu ahli keluarga timbalan pengarah dan pekerja daripada beberapa syarikat yang terlibat secara langsung dalam projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 4 Oktober lalu, sebanyak 60 anggota dan pegawai SPRM yang terlibat dalam Op Water menahan pengarah dan timbalan pengarah itu serta dua lagi suspek iaitu seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan seorang akauntan kerana disyaki menyeleweng dana dari­pada kerajaan Pusat yang bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010.

Hasil penahanan tersebut, SPRM berjaya menemukan wang tunai sebanyak RM52.5 juta di pejabat dan rumah kedua-dua suspek serta merampas barang kemas bernilai RM3.64 juta milik mereka.

Selain itu, SPRM turut menyita sebuah akaun bank bernilai RM23 juta milik kesemua suspek dan sebuah lagi akaun milik salah seorang suspek yang mempunyai wang sebanyak RM37 juta serta 127 geran tanah milik timbalan pengarah itu.

Setakat ini, nilai keseluruhan aset yang dirampas daripada ke­se­mua suspek termasuk sembilan buah kenderaan mewah bernilai RM2.7 juta adalah sebanyak RM178.8 juta.

Sementara itu, sumber tersebut berkata, kesemua geran tanah yang dirampas berstatus tanah perumahan, pertanian dan komersial di beberapa kawasan di Sabah.

Katanya, SPRM juga dijangka memohon lanjutan tempoh reman terhadap kesemua suspek esok memandangkan tempoh reman seminggu yang diberikan Mahkamah Majistret sebelum ini berakhir.

Dalam pada itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubu­ngi mengesahkan perkara tersebut, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan siasatan.

Masa Depan Malaysia

Sedar atau tidak, Malaysia sebenarnya sedang menuju ke arah kehancuran. Tidak ada jaminan masa depan. Wawasan 2020 yang mensasarkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju tidak akan tercapai. Hal ini diakui oleh penerajunya sendiri, iaitu Dr. Mahathir Mohamed.

Rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan, mengungkitkan isu-isu sensitif pada masa-masa yang tertentu, semua ini telah merisaukan golongan marhaen. Rakyat yang mengundi setiap lima tahun sekali terpaksa menunggu selama lima tahun apabila mendapati diri mereka tersalah beri undi.

Kita ada Perlembagaan. Kita mengamalkan sistem pemerintahan bercorak pengasingan kuasa antara Perundangan, Eksekutif dan Kehakiman. Namun pertindihan dan penumpuan kuasa banyak berpihak kepada Badan Eksekutif. Apabila kuasa terlampau berada pada tangan sesuatu pihak, kecenderungan untuk menyalahgunakan kuasa akan berlaku.

Perdana Menteri berkata ‘Cash is King’. Wang sebanyak RM2.6 billion didapati dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Mula-mula menafikan ada wang itu, tetapi kemudian apabila dibongkar dengan bukti-bukti, beliau mengaku. Rosak integriti sebagai seorang PM. Selepas itu, beliau bertindak memecat, memindahkan pegawai yang didapati sedang menyiasat beliau. Salah guna kuasa berlaku.

Sumber asal wang itu tidak diumumkan. Dikatakan wang itu telah dipulangkan, tetapi juga tidak disertakan dengan bukti. Siasatan ke atas 1MDB tidak ada kesudahan. Banyak halangan dilakukan untuk membongkar segala penyelewengan yang terdapat di dalamnya.

Muncul Perkasa berbaju merah. Mengganggu ketenteraman awam dengan barisan ratusan buah penunggang motosikal. Menghalang lalu lintas, menakut-nakutkan orang ramai. Menerajang pihak yang didapati memakai t shirt bertanda BERSIH. Tindakan mereka yang dianggap melanggar undang-undang tidak disusuli oleh tindak pihak polis. Orang ramai hilang keyakinan terhadap kredibiliti pihak berkuasa dalam menjaga ketenteraman awam.

Di seberang Laut Sulu, sekali-sekala oarng diculik, dilarikan ke Filipina, dan dijadikan tebusan. Menuntut bayaran wang berjuta, jika engkar, kepala mangsa akan dipulangkan. Pihak berkuasa didapati gagal menjamin keselamatan negara. Rakyat bimbang, tidak tahu bila mereka akan menerima nasib yang sama. Jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menangani masalah itu didapati gagal. Keselamatan negara tergugat. pemimpin negara masih bongkak untuk mengaku kelemahan mereka dalam menangani masalah tersebut. Mereka lebih sibuk melobi menjadi calon pada pilihanraya akan datang. Pentingkan diri sendiri terlebih dahulu.

Terkini, tertangkap dua orang pegawai atasan di sebuah jabatan negeri. Dari rumah dan pejabat, serta bank tempatan, SPRM berjaya merampas wang tunai berpuluh juta ringgit. Hasil rampasan lain termasuk emas, geran premis dan kereta mewah. Manusia jenis ini teramat rakus, tamak haloba. Tak terbayang apa perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan dua makhluk ini.

Masa depan Malaysia terletak pada tangan rakyat biasa. Kita ada kuasa mengundi, yang akan menentukan pihak yang akan memerintah negara bagi tempoh lima tahun. Ada pihak yang akan menabur budi, beri wang, beri barangan. Kalau kita masih melihat pemberian itu sebagai keperluan untuk membalas budi, Malaysia akan kekal sebegitu selama-lamanya.

Kita perlu berani menolak segala pemberian tersebut. Jangan memangkah pihak yang cuba merasuah kita pada kertas undi.Kita mahu melihat sebuah kerajaan yang berintegriti diwujudkan di negara kita. Masa depan kita tanggungjawab kita bersama.

Ketegasan Malaysia dalam hal pelarian

BEGITU menarik sekali keha­diran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai wakil Malaysia di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-71 yang sedang berlangsung di New York, Amerika Syarikat. Menarik bukan kerana ini penampilan sulung beliau di UNGA tetapi ada pihak yang mempersoalkan sepatutnya Perdana Menteri yang hadir seolah-olah cuba menanam persepsi bahawa UNGA selama ini hanya menerima pemimpin tertinggi sebagai wakil setiap negara.

Agak mendukacitakan juga apabila status kehadiran Timbalan Perdana Menteri menjadi tajuk perbincangan sedangkan kandung­an perbincangan terutama sekali saranan Malaysia mengenai beberapa isu global tidak melalui proses perbincangan dan analisis yang mendalam dalam kalangan rakyat negara ini. Ini kerana wujud kumpulan yang lebih berminat berhujah dan memberi dalil me­ngapa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak hadir di UNGA kali ini kerana melalui strategi ini dapat memenuhi agenda politik mereka.

Perkara seumpama ini pernah melanda negara pada 2010 apabila Rang Undang-Undang Perdagang­an Strategik 2010 diperkenalkan di Parlimen untuk dibahaskan oleh ahli Parlimen yang pada ketika itu menyaksikan kemunculan ramai muka baharu selepas berlangsungnya pilihan raya umum 2008.

Rang undang-undang itu diper­kenalkan untuk mencegah Malaysia daripada dijadikan negara transit penularan senjata pemusnah besar-besaran (WMD). Walaupun diluluskan oleh Dewan Rakyat, tetapi intipati perbahasan agak mengecewakan. Hujah ba­nyak berkisar kepada dalil bahawa rang undang-undang itu diper­kenalkan ekoran tekanan AS dengan alasan bahawa Najib akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Barack Obama. Rang undang-undang dikatakan bukti bahawa Malaysia mengikut telunjuk AS.

Seperti mana hala tuju perbahasan Rang Undang-undang Perda­gangan Strategik telah menga­buri peranan Malaysia dalam menyekat penularan WMD, begitu jua keha­diran Ahmad Zahid terutama pada mesyuarat peringkat tinggi menge­nai isu menangani pemindahan besar-besaran pelarian dan migran dalam hal berkaitan saranan Malaysia tidak berapa diambil kisah oleh rakyat negara ini.

Apabila Ahmad Zahid merujuk kepada komitmen Malaysia dalam menerima 3000 pelarian Syria se­perti yang telah dijanjikan oleh Perdana Menteri dalam UNGA tahun lepas, kenyataan demikian dalam mesyuarat yang turut dihadiri oleh Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon, menjurus kepada peringatan terhadap tanggungjawab negara lain terutama yang mampu menampung kehadiran pelarian.

“Saya mahu berkongsi pada persidangan yang mulia ini bahawa kami telah menerima 79 migran Syria dalam dua kumpulan setakat Mei 2016, dan kami bersedia untuk menerima 412 migran Syria lagi menjelang akhir tahun,” tegasnya dalam keadaan kebanyakan negara Eropah yang berkemampuan berbalah sesama sendiri dalam hal pelarian Syria. Malah salah satu sebab utama mengapa rakyat Bri­tain membuat keputusan untuk ke­luar dari Kesatuan Eropah (EU) juga berkait rapat dengan kebanjiran pelarian Syria di rantau tersebut.

Ucapan beliau menjadi lebih menarik apabila mengatakan bahawa Malaysia walaupun bukan negara ahli dalam Konvensyen Pela­rian 1951 dan Protokol 1967, tetapi tetap memberi layanan sewajarnya kepada semua pelarian yang berada di Malaysia.

Walaupun dalam keadaan kehadiran pelarian dengan jumlah yang begitu besar ini telah mencetuskan masalah terhadap ekonomi, sosial, politik dan keselamatan negara, Malaysia selama ini tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Malaysia juga tidak hanya omong kosong kerana pada 1970an negara ini berhadapan dengan puluhan ribu pelarian dari Vietnam yang akhirnya berjaya ditempatkan di negara ketiga. Pada ketika ini Malaysia menjadi tempat tinggal lebih 150,000 orang yang dikate­gorikan sebagai yang memerlukan perlindungan seperti pelarian dan kumpulan yang mencari suaka politik.

Sebab itu juga apabila Malaysia menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pela­rian (UNHCR) dan negara-negara di bawah Konvensyen Pe­­larian 1951 dan protokol yang berkaitan supaya memberikan perhatian yang lebih serius dan mengambil tindakan segera terhadap masalah pelarian, saranan tersebut sebenarnya dianggap se­­bagai berani dan kena pada masanya.

Hal ini kerana negara ini sering dituduh mengabaikan tanggungjawab terhadap pelarian dan kadang kala menerima ugutan supaya Kuala Lumpur menyertai Konvensyen Pelarian 1951.

Ironisnya layanan Malaysia terhadap pelarian adalah jauh lebih baik jika hendak dibandingkan dengan negara lain yang lazim mendabik dada seolah-olah mereka adalah juara dalam hal mempertahankan hak asasi pelarian.

Malah negara ahli konvensyen tersebut sendiri tidak pernah memberi jaminan bahawa isu pelarian akan ditangani dengan penuh peri kemanusiaan. Ada andaian bahawa kewujudan konvensyen tersebut sebenarnya telah memberi ruang kepada sesetengah negara ahli untuk membentuk perundangan tempatan yang lebih ketat bagi menyukarkan lagi proses penempatan pelarian.

Jika hendak dibandingkan de­ngan Malaysia, Korea Selatan dan Jepun umpamanya mempunyai perundangan mengenai pelarian yang agak ketat yang mengakibatkan jumlah pelarian yang diambil oleh kedua-dua negara ini jauh lebih rendah jika hendak dikaitkan dengan kemampuan sebenar mereka.

Sebab itu agak mengecewakan saranan Malaysia mengenai pela­rian di pentas antarabangsa yang dianggap radikal dan berani tidak mendapat perhatian dan perbincangan sewajarnya oleh rakyat sendiri kerana wujud kumpulan tertentu yang mempolitikkan isu kehadiran Ahmad Zahid di UNGA.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

 

From Bikinis to Burkinis, Regulating What Women Wear

By ALISSA J. RUBINAUG. 27 August, 2016

A police officer issuing a woman a ticket for wearing a bikini on a beach at Rimini, Italy, in 1957.
PARIS — The policeman in the photo is nattily attired and appears to have a slight smirk as he writes out a ticket for the woman standing before him awkwardly in her offending swimwear; perhaps he enjoys making her feel uncomfortable.
No, she is not wearing a burkini.
The photo dates from 1957. The woman is wearing a bikini on the beach at Rimini on Italy’s Adriatic coast. At the time, Italy prohibited the revealing bathing suit; it was too immodest to be worn in public.
In the midst of France’s fight overbanning the burkini, the bikini is celebrating its 70th anniversary, and photographs chronicling its debut and early history in the 1940s, ’50s and ’60s are on display in one of Paris’s chic galleries, prompting parallels to the uproar over the burkini today.
What is it about women’s swimwear and more generally women’s attire that over and over in history has attracted controversy and impelled societies to legislate or regulate women’s choices?
Historians, sociologists and anthropologists have argued about it for decades, but the seemingly simplistic statement that women’s bodies are a battleground has some truth to it. Formally or informally, men (primarily) have been making rules about women’s attire for a very long time.
“Can’t we decide what we want to wear in 2016?” wondered Sarah Fekih, 23, from Lyon, France, in a comment she wrote to The New York Times. “If one wishes to dress skimpily or to be almost nude or to be covered from head to toe, isn’t that a personal choice that can not be dictated by law?”
Of course, the burkini debate is not only about feminism. It is foremost a debate about the visibility and presence of Islam in France, and it comes in the context of the most recent act of terror to traumatize the country, this one in Nice, on the Mediterranean coast.

Armed police officers forced a woman to remove her shirt on a beach in Nice, France, on Tuesday after a ban on burkinis went into effect.
On July 14, a man drove a cargo truck into crowds of people there, killing 86 and wounding 300. The Islamic State later called him one of its “soldiers.”

Less than a month later, the first of at least 30 bans on “inappropriate” clothing on beaches — meant to target Muslim attire — was enacted in Cannes, about 20 miles from Nice.
Although France’s highest administrative court, the Council of State, struck down one town’s burkini ban on Friday — and clearly would do the same for other towns if lawsuits were brought — the fight is far from over.
The Parliament could enact a ban, and some of France’s 2017 presidential candidates on the right and far right have pledged to enact measures that run from banning the Muslim veil in universities and businesses to banning almost all religious attire in public.
As the debate continues, much that is important will be said about France and racism and Islam, but it is worth pondering that it is women’s clothes that are at issue.
Throughout history, a combination of legislation, local regulation and social pressure has influenced the way women have dressed — corsets and décolleté, hoop skirts and bustles, the controversial advent of pants. France is now a society demanding that women undress, but in many ways this debate is part of the same narrative.
In the case of both the bikini and the burkini, “people in positions of power say, ‘We’re putting these rules in place for the woman’s good,’” said Deirdre Clemente, a history professor at the University of Nevada who has studied dress codes for women. “The implication is that women are unable to regulate their appearance themselves.”
As recently as the 1980s, a number of large American corporations had extensive dress codes for women. “There would be four pages on what a woman could wear to work, and four sentences for men,” Professor Clemente said.
When it came to the bikini, not only was it forbidden in some countries, with women forced to pay fines and leave many beaches if they wore one. It was also seen as subversive and a sign of moral weakness.
Italy, Spain and some beaches on the Atlantic coast of France prohibited wearing the swimsuit in the first few years after it went on the market, said Ghislaine Rayer, a co-author of “Bikini: La Légende,” a history of the mini-swimsuit.
That prohibition resonates in today’s burkini debate, said Hanane Karimi, a graduate student of sociology at the University of Strasbourg. She is the leader of a feminist Muslim collective that wants mosques in France to make more space for women at prayers and to be more respectful of their involvement in religious affairs.
“In some countries that had strong religiosity, like Italy, controlling women’s bodies was a part of the country’s religious morality; today in France there is a civil religion of secularity,” she said. “And it has the exact same logic in respect to the control of women’s bodies: Those women who adhere to that secular morality are undressed on the beaches; nothing is hidden.”
Today the French seem to believe as strongly that such undress is mandatory as Italy, under the Vatican’s influence, felt it was necessary to hide women’s bodies, she added.
It was not always that way. When the designer of the first bikini, Louis Réard, coined the name (a play on the tiny atoll of Bikini, where the United States had just tested the atomic bomb) and showed his new swimsuit at the Molitor Pool in Paris on July 5, 1946, he could not find models willing to wear it.
So he hired dancer-strippers from the Paris Casino. “It was avant-garde; it was ahead of its time,” said Ms. Rayer, the co-author of the book on the bikini’s history. “In that epoch, we were still puritan.”
Although the bikini quickly became popular in movies, it took more than 15 years, and longer in many places, to enter the fashion mainstream. France embraced it ahead of several other countries and eventually even allowed women to sunbathe or swim topless.
Joan Wallach Scott, a social scientist at the Institute for Advanced Study in Princeton, sees France’s approbation of revealing swimwear, as well as the current burkini bans, as products of ideas going back to the French Revolution of 1789.
“What you have in French republicanism is a conflict between a commitment to equality and the notion that sexual difference is a natural difference which explains why there can’t be equality between women and men,” she said.
The French believe it is necessary to show the difference between men and women physically even while proclaiming their equality, Ms. Scott said.
The painter Eugène Delacroix depicted “Liberty” as a bare-breasted woman leading the righteous French. Sculptures and reliefs of a bare-breasted or semi-bare-breasted Marianne, a French symbol of the revolution and liberty, can still be found on government documents, buildings and postal stamps. The very depiction of women reflects how the sexes differ.
“Then on the other side you have Muslim society saying that sex and sexual difference is a problem, and women, whether submitting or not, are covered. So in a sense they are exposing the contradiction in French society, and that’s intolerable,” Ms. Scott said. “It becomes a commentary on the French need to have women uncovered.”
Indeed, the deputy mayor of Nice, Christian Estrosi, who is a political power broker on the Côte d’Azur, has repeatedly referred to the covering of women on the beach — whether in a burkini or a large T-shirt, pants and hijab — as a “provocation,” suggesting a challenge to the French order.
Such language mystifies one of the burkini’s designers, who sells her pieces in France. Vanessa Lourenço, the designer, said she had started creating them to give Muslim women a chance to participate in the same activities as the rest of the community.
She loves to swim herself, she said, so seeing religious Muslims or other people not go swimming “struck me as unacceptable.”
Ms. Lourenço, whose internet business sells swimwear in 120 countries, is not Muslim, and people often ask her why she designs for Muslim women.
“My answer is simple: At the end of the day women are women, whether Muslim or not, and we all want to be comfortable, look beautiful and feel feminine,” she said.
“Most of our clients message us saying it is the first time that they were confident enough to be at a public beach enjoying themselves with their family.”

Larangan burkini tidak ikut perlembagaan

– Menteri Perancis PARIS:

Beberapa datuk bandar di Perancis masih enggan menamatkan larangan ke atas pemakaian burkini walaupun mahkamah tertinggi negara itu memutuskannya sebagai tidak sah.

Pada Jumaat lalu, Majlis Negara Perancis menggantung larangan ke atas pakaian mandi yang menutup seluruh badan wanita Islam yang mencetus kontroversi atas alasan ia melanggar kebebasan asas berpakaian, lambang beragama dan pergerakan. Sehingga semalam, lebih 20 datuk bandar Perancis masih enggan menggantung larangan itu. Ini bermakna, polis perbandaran masih boleh menyekat dan mendenda wanita yang memakai burkini walaupun kenyataan yang dikeluarkan Majlis mengatakan sekatan itu adalah “pelanggaran serius dan nyata yang menyalahi undang-undang asas kebebasan.”

Dalam satu temu bual yang disiarkan semalam, Menteri Dalam Negeri Perancis, Bernard Cazeneuve, berkata selain hanya mencetuskan ketegangan antara masyarakat, larangan itu juga tidak mengikut perlembagaan.

“Kerajaan enggan menggubal undang-undang mengenai perkara ini kerana ia akan menjadi undang-undang yang tidak berperlembagaan, tidak berkesan dan mungkin mewujudkan permusuhan dan ketegangan yang tidak boleh diperbaiki.

“Kita tidak memerlukan undang-undang baru. Undang-undang semasa sudah jelas menggariskan sekularisme di Perancis,” katanya. – Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187697

Mengapa pakaian mandi menjadi satu isu besar sehingga dibawa ke mahkamah untuk diputuskan sama ada seseorang boleh memakai burkini di pantai atau tidak?

Hak asasi manusia ternyata telah dicabul dalam hal ini. Sama ada mahu memakai burkini atau bikini, itu adalah hak asasi seseorang individu.

Di negara-negara Islam dan juga beberapa negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, memakai bikini di pantai dianggap sesuatu yang bercanggah dengan amalan pemakaian di negara berkenaan. Malah di kolam renang hotel bertaraf lima bintang pun, kita tidak pernah melihat wanita Islam memakai bikini atau baju renang. Mereka akan memakai pakaian yang menutup sebahagian besar tubuh mereka.

Orang-orang Eropah sudah biasa memakai bikini di tepi pantai. Malah, mereka akan membuka coli sambil meniarap di tepi pantai untuk menikmati pancaran matahari.

Berita yang kita baca di atas dianggap sesuatu yang janggal – melarang wanita Islam memakai burkini. Malah ada satu berita yang melaporkan pegawai polis mengarahkan wanita yang kelihatan memakai burkini di pantai membuka pakaian mereka. Pada pendapat saya, tindakan itu seolah-olah memalukan pegangan agama seseorang.

Hak asasi manusia adalah bebas menganuti dan mengamalkan suruhan dan ajaran agama masing-masing, asalkan tidak mengganggu atau menyebabkan keamanan dan keselamatan orang lain khususnya, atau negara amnya tergugat. Dalam hal yang berkaitan dengan agama, kita seharusnya bertindak secara bijak. Soal agama dianggap soal sensitif dan harus ditangani dengan berhikmah.

Keharmonian hidup rakyat dan keamanan negara sebahagian besarnya bergantung kepada tolak ansur dan hormat-menghormati antara penduduk yang menganuti agama yang berlainan. Marilah kita sama-sama menjaga, memelihara dan mengekalkan keharmonian hidup di dunia ini.

 

Penipuan dalam 1MDB

Pandangan Dr. Mahathir:

27 Apr 2016

  1. Akhirnya penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia diakui benar oleh Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
  2. Arul mengaku akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.
  3. Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.
  4. Jika 1MDB membayar USD 1 billion kepada syarikat palsu, ada kemungkinan syarikat berkenaan ditubuh dengan pengetahuan 1MDB sendiri dan duit itu akhirnya dimasuk dalam akaun persendirian. Sangkaan seperti ini memang dibuat oleh ramai orang, dan kenyataan Arul bahawa ada penipuan besar berlaku dalam 1MDB hanya mengesahkan sangkaan.
  5. Arul akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya. Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, 1 billion US dilabur dalam JV 1MDB/Petro Saudi, tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan due diligence, dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi, duit yang pergi ke Cayman Islands yang tidak balik ke Malaysia tetapi ke Singapura yang menjelma jadi unit, yang dilihat oleh Arul tetapi tidak dilihat olehnya, peranan bank BIS dan lain-lain milik Jho Low perjalanan wang 1MDB ke Hong Kong, Switzerland, London, Amerika, British Virgin Islands, Seychelles, Abu Dhabi, penyalahgunaan duit KWAP, duit SRC mengalir ke dalam akaun Najib, konsesi minyak di Argentina dan Turkmenistan yang menjadi aset dan kemudian tidak menjadi aset dan beribu lagi cerita yang melibatkan wang 1MDB, dijelas, dinafi, diakui dan hilang tidak disebut lagi.
  6. Sesungguhnya negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkah satu juta, sekarang mencuba menggambar banyak manakah satu billion, dan empat puluh dua billion. Bagaimanakah wang berbillion boleh kesana kesini sehingga akhirnya berada dalam akaun peribadi Najib. Rakyat menjadi bingung dengan cerita-cerita wang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia.
  7. Dicerita pula pembiayaan pengeluaran filem lucah dengan ratusan juta Ringgit yang dibuat oleh anak tiri Najib, Waah! Banyaknya duit. Dari mana datangnya. Mudah. Duit Keluarga. Rupa-rupanya multi-milionaire Melayu sudah lama ada.
  8. Dan banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan. Waah! Confident sungguh Shahrol. Apakah dianya juga yang terlibat dengan bayaran kepada Aabar PJS Ltd (Virgin Islands).
  9. Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite boleh labur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang Oscar.
  10. Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB.
  11. Memang hebat Malaysia dizaman Najib!!

Mengejar Impian Bab 15 ~~Tamat

Bab 15

Jing Guan melihat maklumat penerbangan yang dipapar di skrin televisyen. Tidak ada perubahan masa. Penerbangan dengan pesawat MAS ke London akan berlepas mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Jing Guan berasa sedih untuk meninggalkan tanah air, meninggalkan pasukan kelab Nusa Jaya, meninggalkan rakan-rakannya yang belajar bersama-sama selama beberapa tahun. Yang paling menyedihkannya adalah meninggalkan adiknya yang seorang, Nancy. Semenjak pemergian ibu mereka, inilah kali pertama Jing Guan akan meninggalkan adiknya dalam tempoh yang agak lama. Namun, demi mengejar impiannya, segala-galanya perlu ditempuhi walaupun amat pahit. Perkara yang utama harus diberi perhatian. Dalam hal ini, Jing Guan terpaksa memendam perasaan. Dia tahu dia perlu menghadapi kenyataan, tidak boleh bermain perasaan sahaja.

Steven Seoh sedang bercakap sesuatu dengan Encik Chan, seorang agen dalam bidang pendidikan. Encik Chanlah yang akan mengiringi Jing Guan, bersama tiga orang pelajar yang lain ke London. Mereka juga ke sana untuk melanjutkan pelajaran. Seperti Jing Guan, ketiga-tiga mereka akan belajar di sekolah yang sama di sana nanti.

Petang semalam, rumah Jing Guan didatangi rakan-rakannya. Morgan yang terawal tiba, membawa sebuah buku sebagai hadiah, Who Moved My Cheese karya Spencer Johnson. “Bacalah buku ini semasa dalam penerbangan yang jauh tu, awak tak bosan nanti,” kata Morgan.

“Terima kasih, Morgan.” Jing Guan berasa sebak. Selama ini Morganlah yang paling rapat dengannya. Banyak bimbingan telah diberi oleh Morgan dalam pelajarannya. Tanpa Morgan, Jing Guan mungkin akan teraba-raba dalam memahami pelajaran. Banyak latihan di rumah juga dapat disiapkan dengan pencerahan daripada Morgan.

“Jagalah diri baik-baik di rantau orang. Ingatlah peribahasa yang telah kita belajar, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Saya berasa bangga mempunyai seorang rakan yang berpeluang melanjutkan pelajaran di negara asing.”

“Awak juga sama. Saya harap suatu hari nanti, cita-cita awak untuk melanjutkan pelajaran di luar negara menjadi kenyataan. Saya percaya, dengan kesungguhan yang ada, awak akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Biasiswa akan mudah awak peroleh nanti.”

Rakan-rakan sepasukannya dalam Nusa Jaya juga datang mengucapkan selamat tinggal. Mun Tark, Lye Hock, dan Rosli datang pada lewat petang. Kesedihan jelas kelihatan di wajah masing-masing. Tidak banyak yang diperbualkan oleh mereka. Di hati masing-masing terpendam perasaan, sukar untuk diujar.

Jing Guan memandang ke sekeliling. Lapangan terbang penuh dengan orang. Tidak pasti mereka penumpang atau sekadar datang untuk menghantar sanak saudara atau kawan-kawan. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak gembira duduk di atas troli. Lapangan terbang menjadi medan perpisahan, sama ada dalam keadaan gembira atau sedih.

Encik Chan mendapatkan Jing Guan. Di belakangnya kelihatan Steven Seoh bersama Nancy. Jing Guan mendapatkan bapanya lalu dipeluknya. Nancy turut memeluk Jing Guan dari belakang. Sebak dada Jing Guan mendengar tangisan Nancy. Steven Seoh kelihatan tenang. Demi masa depan Jing Guan, dia bertindak menghantarnya melanjutkan pelajaran ke England.

Mereka berjalan menuju ke balai berlepas antarabangsa. Selepas diperiksa tiket masuk bersama pasport, Jing Guan dibenarkan masuk.

“Selamat jalan, abang,” kata Nancy sambil menangis.

“Selamat tinggal, bapa. Selamat tinggal Nancy.” Jing Guan terus berpaling dan menuju ke tempat pemeriksaan. Kelopak matanya berair, tetapi ditahannya agar tidak mengalir. Dia akan tabah menghadapi kehidupan baharu di tempat baharu nanti. Sebagai anak, dia akan memenuhi hasrat bapanya yang mahu dia berjaya dalam bidang pelajaran. Dalam hatinya,dia menganggap dirinya semakin mendekati destinasi impiannya, Stadium Anfield, Liverpool.

Mengejar Impian Bab 14

Bab 14

Jing Guan tergamam. Kata putus bapanya umpama letupan bom atom, menghancurkan segala-galanya. Kemahuannya untuk terus bermain bersama pasukan Nusa Jaya telah hilang dengan kata putus tersebut. Dia hilang kata-kata, tapi tidak mampu berbuat apa-apa. Dia masih di bawah tanggungan bapanya. Dia masih di bawah umur. Dia diwajibkan menurut sahaja apa yang telah diputuskan oleh bapanya.

Steven Seoh mengetahui Jing Guan ada bakat dan kebolehan dalam permainan bola sepak. Dia sendiri telah menyaksikan permainan Jing Guan, Dia mendengar pujian penonton terhadap anaknya.  Tetapi dia bersikap realistik. Dia tahu di Malaysia, permainan bola sepak masih di peringkat amatur. Para pemain masih perlu bergantung kepada pekerjaan tetap mereka untuk menyara hidup. Dia membuat keputusan untuk menghantar Jing Guan melanjutkan pelajaran di England. Dia mahu Jing Guan menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran. Keputusan peperiksaan PT3 Jing Guan tidak begitu memberangsangkan.

Steven Seoh tahu, Jing Guan tidak dapat membahagikan masa bagi dua bidang secara adil. Kecenderungannya terhadap bola sepak mengatasi pelajaran. Jing Guan lebih berjaya dalam bidang bola sepak berbanding dengan pelajaran. Pencapaiannya sekadar cukup lulus, tidak ada gred A.

“Bapa mahu hantar kamu belajar di England. Kamu akan bertolak dalam masa dua bulan lagi.”

Jing Guan hilang kata-kata. Dia tidak berupaya untuk berkata tidak. Jing Guan akur. Steven Seoh telah menjelaskan kepada Jing Guan tentang rancangannya. Steven Seoh juga memberitahu Jing Guan sebab dia berbuat begitu. Dia tidak mahu Jing Guan salah faham. Jing Guan mendengar dengan teliti. Dia berfikir secara mendalam tentang rancangan bapanya itu.

Perniagaan bapanya pada masa depan perlu ada orang yang mewarisinya. Jing Guan anak lelaki tunggal Steven Seoh. Bapa borek anak rintik. Suatu hari nanti, Jing Guan akan mewarisi perniagaan bapanya. Jadi Jing Guan perlu mendalami ilmu perniagaan dan mempelajari selok-belok dunia perniagaan. Bagi Steven Seoh, penguasaan bahasa Inggeris penting. Dunia globalisasi penuh dengan persaingan. Seseorang yang melibatkan diri dalam dunia perniagaan perlu menguasai segala kemahiran agar dapat terus kekal bersaing dalam dunia yang semakin berubah ini.

Jing Guan memaklumkan keputusan bapanya kepada jurulatihnya, Jimmy Gan. Walaupun jurulatihnya tidak bersetuju dengan keputusan Steven Seoh, tetapi dia terpaksa akur.  Jing Guan masih di bawah umur. Segala-galanya masih ditentukan oleh keluarganya.

Mengejar Impian Bab 13

Bab 13

Pertandingan Liga Remaja bermula. Kelab Nusa Jaya turut bertanding. Sebanyak lapan pasukan bertarung untuk merebut Piala Liga Remaja. Bersama pasukan kelab Nusa Jaya, Jing Guan telah bermain sebanyak tiga perlawanan. Kelab Nusa Jaya masih menduduki tangga teratas setelah memenangi ketiga-tiga perlawanan sebelumnya.

Perlawanan pada hari ini merupakan perlawanan keempat. Sekali lagi Jing Guan diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama. Lawan mereka pada hari ini ialah kelab Mutiara Timur, pasukan yang sedang menduduki tangga kedua. Kalau kelab Nusa Jaya menang lagi, kedudukan pasukan mereka dalam Liga Remaja akan bertambah kukuh.

Jimmy Gan mengarahkan kesemua pemain mereka berkumpul. Kata-kata perangsang dan nasihat terakhir akan diberikan sebelum perlawanan dimulakan.

“Okey anak-anak muda. Ini perlawanan penting. Kalau menang hari ini, kedudukan kita akan lebih kukuh. Jadi saya mahu kamu semua tumpukan sepenuh perhatian. Mulakan asakan sebaik sahaja wisel dibunyikan. Saya harap kita dapat mulakan dengan jaringan gol yang pantas. Kalau kita berjaya menjaringkan gol dulu, mereka akan bertambah gelisah. Pertahanan mereka akan menjadi kucar-kacir dan tidak teratur. Jadi, ingat pesanan saya. Mulakan dengan gol pantas.”

“Baik!” Kesemua pemain berkata serentak dengan suara yang agak lantang. Mereka semua berlari masuk ke padang, menuju ke posisi masing-masing. Jing Guan sebagai penyerang utama. Sepak mula akan dilakukan oleh pasukan Nusa Jaya. Jing Guan telah bersedia bersama Rosli di tengah padang.

Jing Guan nampak tenang. Setelah melalui tiga perlawanan sebelumnya, dia sudah ada perkiraan tersendiri. Dalam hatinya dia bangga mendapat tunjuk ajar daripada Jimmy Gan. Memang berkesan segala taktik yang digunakan oleh jurulatihnya sehingga mampu mencapai kemenangan tiga kali berturut-turut. Jimmy Gan juga bijak mengatur permainan. Berbeza dengan tiga perlawanan sebelumnya, kali ini Jimmy Gan mengarahkan mereka menyerang pantas.

Jing Guan memandang ke tepi padang. Tiba-tiba matanya terpandang tiga orang yang dikenalinya. Bapanya, Nancy dan Lam Seng.  Mereka juga datang menyaksikan perlawanan pada hari ini. Nancy melambaikan tangannya. Jing Guan agak gembira. Selama dia bermain bola sepak, inilah kali pertama bapanya turut datang menyaksikan permainannya. Dia seolah-olah mendapat suntikan semangat baharu.

Preet!

Jing Guan menolak bola kepada Rosli. Bola ditahan dengan kaki kanan sebelum ditolak ke belakang. Sambil itu, Jing Guan telah mula berlari pantas masuk ke kawasan lawan. Jaraknya dengan pintu gol lawan sejauh 25 meter. Jing Guan berlari sambil diikuti oleh seorang pemain pertahanan kelab Mutiara Timur.

Mun Tark menyepak bola tinggi masuk ke kawasan lawan. Bola didada oleh Rosli. Bola jatuh ke padang. Rosli menguis bola dengan kaki kanan, berjaya melepasi kawalan seorang pemain lawan. Rosli berlari membawa bola dengan pantas. Rosli melihat posisi Jing Guan yang agak terbuka, lalu disepak ke tengah padang untuk mencari Jing Guan. Dua orang pemain pertahanan mengawal ketat Jing Guan. Bola tinggi berjaya ditanduk oleh Jing Guan ke pintu gol, tetapi dengan mudah ditangkap oleh penjaga gol. Tandukan Jing Guan agak lemah, terlepas peluang untuk menjaringkan gol.

“Jing Guan!” Kelihatan Jimmy Gan menjerit dari tepi padang. Jing Guan memandang jurulatihnya yang sedang menunjukkan sesuatu. Kedua-dua jari Jimmy Gan seperti sedang menari, macam ikut lagu yang dinyanyikan dalam hatinya. Tetapi itu adalah isyarat. Jimmy Gan sedang mengarahkan Jing Guan bermain mengikut taktik yang ditunjukkan. Arahan tanpa suara dengan jari tangan itu difahami oleh Jing Guan.

Bola sedang dikawal oleh pihak lawan. Jing Guan berlari masuk ke kawasan kubu pasukan mereka sendiri. Jing Guan nampak bola ditanduk keluar dari pintu gol lawan. Dengan pantas Jing Guan berlari ke arah datangnya bola itu. Seorang pemain pasukan lawan juga turut berlari ke arah yang sama. Jing Guan berjaya mendapatkan bola itu. Jing Guan berjaya mengawal dan membawa bola itu. Tiba-tiba seorang pemain lawan meluruskan kaki ke arah Jing Guan untuk menahan bola itu. Jing Guan melompat untuk mengelakkan kakinya dibentes oleh kaki pemain lawan.

Preet!

Pengadil membunyikan wisel. Permainan terhenti buat sementara. Pengadil berlari ke arah pemain pihak lawan yang cuba mengasari Jing Guan tadi. Kad kuning dilayangkan kepada pemain berkenaan.

Di tepi padang, Steven Seoh bersama Nancy dan Lam Seng kelihatan lega. Sebentar tadi mereka hampir menyaksikan satu kekasaran yang cuba dilakukan ke atas Jing Guan, tetapi Jing Guan berjaya mengelakkan kekasaran itu.

“Nasib baik tak kena kakinya, kalau tidak sudah tentu dia akan mengalami kecederaan.” Seorang penonton yang berdiri di sebelah kanan Steven Seoh berkata kepada rakannya.

“Ya, nasib baik. Kalau dia cedera, pasukan Nusa Jaya tentu menghadapi masalah. Dia penyerang bahaya. Cantik rembatannya. Untung kelab Nusa Jaya ada pemain yang lincah sepertinya.” Lelaki  di sebelahnya menyetujui pandangan yang diberikan oleh rakannya tadi.

Steven Seoh mendengar perbualan mereka. Hatinya berkembang, agak gembira mendengar anaknya dipuji sebegitu. Hari ini dia datang setelah didesak oleh Nancy. Kebetulan hari ini dia tidak ada sebarang program di kilangnya. Jadi dia membawa Nancy dan Lam Seng datang menyaksikan permainan Jing Guan.

Di tengah padang, permainan diteruskan. Pasukan Nusa Jaya masih mengawal bola. Mun Tark dengan tenang membawa bola sambil melihat posisi rakan-rakannya yang lain. Lye Hock berlari ke arah Mun Tark. Bola dihantar oleh Mun Tark kepada Lye Hock. Jing Guan berada di luar kotak penalti pihak lawan. Lye Hock melihat kedudukan Jing Guan. Jari kanan Lye Hock menuju ke bahagian kiri pintu gol pihak lawan. Jing Guan faham isyarat tersebut. Dengan pantas Jing Guan memusingkan badannya lalu berlari  menuju ke bahagian kiri pintu gol lawan. Lye Hock menendang tinggi bola itu ke arah  hadapan Jing Guan. Bola mencecah tanah dan melambung naik. Sebaik sahaja bola melambung naik, kaki kanan Jing Guan telah menyentuh bola itu. Jing Guan merembat kencang bola itu ke arah pintu gol lawan. Bola masuk ke pintu gol, gagal diselamatkan oleh penjaga gol pasukan Mutiara Timur.

“Gol…” Jing Guan menjerit keriangan. Dia berlari ke penjuru kiri padang pihak lawan sambil menjulang tinggi tangan kanannya, tanda kemenangan.

“Bapa, abang hebat!” Nancy turut menjerit sambil menarik-narik tangan Steven Seoh. Wajah Steven Seoh menunjukkan keriangan.

‘Hebat sungguh anak saya,’ hati kecilnya berbisik.

“Itu anak encik?” Tanya seorang penonton yang berdiri di sebelah kanan Steven Seoh.

“Ya, itu anak saya. Jing Guan namanya,” balas Steven Seoh dengan gembira.

“Tahniah, hebat betul anak encik.”

“Terima kasih.”

Para pemain kembali ke posisi masing-masing. Perlawanan akan diteruskan.

Perlawanan seterusnya menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas serangan. Namun sehingga tamat perlawanan, tidak ada sebarang gol dijaringkan. Kelab Nusa Jaya memenangi perlawan tersebut hasil jaringan gol tunggal oleh Jing Guan. Kelab Nusa Jaya terus menduduki tempat teratas dalam Liga Remaja. Jimmy Gan amat gembira dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya.

Jing Guan masih dibuai kegembiraan hasil kemenangan demi kemenangan yang dilaluinya. Namun, dia tidak tahu bapanya telah ada rancangan lain untuk dirinya.